Monday, February 14, 2011

Sungai Sedim,Kulim


Hey guys,,kali nih kita akan ke kulim yer.. 
Kat sini la letaknya sungai sedim klu hampa nak taw...
bagi yang suka kawasan dekat2 dengan pokok yg menghijau nih..datang la beramai2 yer..
kawasan ni memang best,,ramai jugak la yang suka mai tempat nih..
tempat nih bukan saja nak mandi tapi macam dok ada kat sini..
kawasan nih pown da banyak berubah..
dari jalan tanah merah sampai la jadi jalan tar.
Nak rasa kesejukkan kawasan nih pown ada disediakan chalet2..


Kawasan nih memang luas..
kedalaman & kederasan air sungai nih memang tak dinafikankan lah..
ada jugak la yang mati kelemasan lah.. hehehe
HATI-HATI yer,,suka2 jugak tapi diri kena jaga..
kawasan nih dikelilingi hutan simpan..memang sejuk bebenor lah!!
Nak masuk ke kawasan sungai nih dikenakan charge sebanyak RM2.00/entry..
Jangan risau,,parking juga disediakan untuk para pengunjung...
Sesetengah tempat nih ada juga kawasan yang dalamnya takda la bahaya..tapi deras air tuh yang 
buat kawasan nih bahaya sikit..tapi anda jangan risau..
tempat2 kat sini ad juga untuk kawasan kanak2 dan juga untuk budak2 yang dah lama hidup pown ada.


Okay,,kawasan yang ada jambatan nih agak bahaya sikit..
sebabnya air kat kawasan nih ada yang dalam..bagi budak2 yang dah lama kat kawasan nih..
tempat nih la diaorang semua buat tempat terjun gaya bebas sampai kedasar bawah..
Gelagat2 budak kat sini memang tak takut MATI punya lah!
Kalau nak dikataka kes-kes kematian tuh memang ada la kan..kat kawasan mana2 pown ada kematian.
Selain mandi-manda kat sini..Hampa semua ley la ke titi gantung yang terpanjang ada kat sini..
Titi gantung kat sini memang panjang,,kalau hampa nak rasa naik..mai la kita tengok gayat ke tak..


Nak ke kawasan nih..hampa kena naik bukit sikit..
Disediakan sign board untuk hampa sampai ke sini.. Kawasan ni selamat untuk orang dewasa..
Bagi kanak2 tuh tak jamin laa..sebab ketinggian nih memang tak ley nak habaq la..


perjalanan akan bermula disini.
Kalau takut nak naik titi gantung nih..better hampa tengok da la yer..
Titi gantung nih juga dikelilingi pokok2..klu nak tengok kawasan sungai nih pown bley..


Nak naik titi nih pown dikenakan charge lah yer..bukan free2 je taw..
Tapi aku nak habaq pown hampa sendiri la kena mai rasa naik..
Takmaw gebang sat gi hampa rasa tak syok..




Kalau hampa sesat lagi nak sampai sini ak taktaw la kan..
sign board dok ada pandai2 la hampa baca yer..
kalau nak tanya orang2 kat sini pown hampa tanya la..depa semua baik punya dok ada..


Okay laa..aku pown takmaw nak cerita panjang pasai kawasan kat sini..
pakat2 mai la tang nih..
Wajib best punya la..
maw dengan takmaw ja sekarang nih..
Kalau hampa rasa macam tak puas hati dengan kawasan air sungai Sedim nih taktaw la kan,,
Perasan orang lain2..takley nak paksa...

Dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan
kawasan nih..hehe
Sungai Sedim, Kulim Kedah.

Sunday, February 13, 2011

Batu Hampar,Serdang


hey guys,,blog pown da brubah kan.. hmm bkn ap saja kali nih nak bawa hampa tengok apa
yang best sgt kat tempat ak nih...
kali nih kita akan travel merata alam. As you know kita nih mmg suka mandi-manda kan,,
tak kira la sungai ke laut ke tak kisah kan.
tapi yang paling hampa baloq sangat nak mandi kat umah kan..
hahahaha..
kali nih kita ke negeri KEDAH DARUL AMAN.
Ini area tempat aku. Serdang Kedah. Tempat nih kalau nak dikatakan famous tuh taktaw la kan.
Tempat nih maybe popular bagi kalangan yang dok dekat2 je la kowt..
okay..tempaty nih selalu jugak la aku dengan budak2 kampung aku p mandi.
Nak kata dalam tuh kena tunggu time lepas hujan..sbb klu asyik panas je ayaq kat situ jadi singkat,


kat sini jugak la bakat2 terpendam akan ditunjukkan..
hampa ckp ja nak terjun mcm na..semua gaya bebas ja. Bagi yang berani tuh psuing 2 3 kali pown tarak pa.
Tempat nih dulu memang orang jaga..bersih semua..tapi sekarang nih nak kata 100% bersih tuh 
memang tak la..sebab kawasan nih da tak ramai orang kunjung.. Itu pown budak2 & ahli2 keluarga terdekat je yang meramaikan tempat nih.
Enjoy tuh memang la enjoy kan. Tapi kalau da tak ramai tak best jugak.
Kawasan air terjin nih luas..nak jungle tracking pown bley taw.
"Port" bagi pasangan yang hangat bercinta sudah tentu la ada yang sediakan..
Itu pown bergantung la pada yang pakar dalam aci menyorok memang selamat la dia nak project.
Tapi klu dapat kat spy2 kerajaan,,diaorang tak hukum tapi rakaman akan dibuat dan diterbitkan.
Dah lama gak la aku tak tengok kawasan nih..tapi sekali aku blik tuh macam2 da berubah..
Kolam kanak2 pown da baru..kawasan rehat da dibaik pulih..
sign board pown da tukar la,,klu tak sign board tuh da ley letak kat muzium laa..


okay la,,klu hampa semua nak taw lebih lanjut tentang kawasan nih..
ley tanya ak la..then klu nak bt camping pown bley jugak..tapi hampa tuh berani ke tak?
hahaha..okay la,,nanti kita akan sambung ke kawasan KEDAH lagi..tapi kali nih tempat lain plak..
Lawatilah Taman Rekreasi Batu Hampar
Air Putih Serdang Kedah. 


Wednesday, October 13, 2010

10 Peraturan untuk setiap bapa yang ada anak perempuan patut bagitau kat Boyfren anak masing2.

Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.

**hanya sampingan by M.T.R